Monday, February 14, 2011

sumber hukum islam yang ke-3 (ijmak)

ijmak dari segi bahasa memberikan erti berazam dan bertekad melakukan sesuatu, sepertimana firman Allah dari surah yunus : 71, yang bermaksud :

"oleh itu maka tetapkanlah keazaman kamu serta sekutu2 kamu (untuk melakukan rancangan jahat kamu terhadapKU).

dari segi istilah fuqaha' dan ulama usul, ijmak bermaksud ittifaq (sependapat atau sebulat suara) para ulama mujtahiddin dari kalangan umat islam pada bila2 masa selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW di atas satu2 hukum syarak.

RUKUN IJMAK:
berdasarkan takrif ijmak di atas, maka ternyatalah bahawa ijmak tidak berlaku melainkan mesti ada empat rukun berikut:
  • wujud beberapa pendapat mujtahiddin pada ketika sesuatu persoalan itu berlaku kerana ittifaq (bersatu pendapat) tidak mungkin akan berlaku melainkan dalam beberapa pandangan yang dikemukakan dimana masing2 bersetuju diatas satu pendapat sahaja. kalau yang hanya ada satu orang mujtahid maka tidak perlu berijmak. jesteru itulah tidak ada ijmak pada zaman Rasulullah kerana baginda seorang sahaja yang mujtahid dan kepadanya tempat merujuk segala hukum hakam.
  • ittifaq ke atas hukum syarak pada sesuatu persoalan itu adalah daripada seluruh para ulama mujtahiddin pada waktu berlakunya persoalan itu, tanpa memandang kepada negeri atau bangsa mereka itu. maka ijmak tidak berlaku melainkan dengan ittifaq yang meratai seluruh ulama mujtahiddin dalam dunia islam pada ketika persoalan itu muncul.
  • ittifqa mujtahiddin hendaklah dalam bentuk masing2 mengemukakan pendapat dengan terus-terang tenteng persoalan itu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.
  • ittifaq merti dari seluruh mujtahiddin. oleh itu ittifaq sebahagian besar dari kalangan ulama mujtahiddin tidak dikira sebagai hujjah qat'iyyah yang mengikat, kerana boleh jadi \kebenaran itu berada di satu pihak dan kesalahan dipihak yang satu lagi.
KEDUDUKAN IJMAK DALAM SYARIAT ISLAM.
ijmak berada pada tahap ketiga dalam sumber perundangan islam. ia merupakan dalik atau hujah yang pasti tidak boleh dipertikaikan oleh seorang pun dari kalangan orang islam kecuali sebahagian mereka yang tidak diambil kira perbezaan pendapat mereka yang berdiri dari mu'tazillah, syi'ah imamiyyah dan khawarij yang mana mereka berpendapat ijmak tidak menjadi hujjah. ada beberapa dalil kehujahan ijmak, antaranya ialah firman Allah dalam surah an-nisa':115:

"dan sesiapa menentang ajaran Rasulullah SAW sesudah terang dan nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan2 orang yang beriman, kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan kesesatan yang dipilihnya. dan (pada hari kiamat kelak) kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam, dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali"

baginda bersabda yang bermaksud :
"sesungguhnya Allah SWT tidak akan menghimpunkan ummatku melainkan diatas petunjuk" (riwayat ahmad dan al-tirmizi)

"sesungguhnya ummatku tidak berhimpun diatas kesesatan" (riwayat ibnu majah)

SANDARAN IJMAK
ijmak adalah bersandarkan kepada dalil, kerana perkataan dalam perkara2 yang berkaitan dengan hukum syarak tanpa dalil adalah adalah sesuatu yang batil. ijmak mujtahiddin itu berdasarkan dalil2 tertentu supaya umat islam tidak berada di dalam kesesatan sebagaimana yang dikehendaki oleh nas2 hadith diatas.

dalil ijmak kadangkala terdapat dalam nas al-quran dan as-sunnah adakalanya qiyas, urf dan jenis2 ijtahid yang lain. contohnya berlaku ijmak mengharamkan perkahwinan dengan curu2 perempuan dari anak lelaki sehinggalah bersandarkan kepada nas al-quran yang bermaksud:

"diharamkan keatas kamu (berkahwin) dengan ibu2 kamu dan anak2 perem[uan kamu."

ijmak para sahabat mengharamkan lemak babi, sandarannya qiyas di atas pengharaman dagingnya. demikian juga ijmak para sahabat memerangi mereka yang tidak mahu membayar zakat berdasarkan ujtihad.

JENIS2 IJMAK
  1. IJMAK SORIH ; iaitu seluruh para ulama mujtahiddin bersependapat ke atas suatu hukum bagi satu2 masalah dengan cara berterus terang dimana setiap orang mujtahid mengeluarkan pendapatnya dan semua pendapat itu bersatu diatas satu hukum sahaja. ijmak seperti ini tetap menjadi hujjah tanpa khilaf.
  2. IJMAK SUKUTI :  iaitu sebahgian ulama mujtahiddin sahaja yang mengeluarkan pendapatnya sedangkan sebahgian yang lain mengetahui pendapat2 itu tetapi mereka mendiamkan diri tanpa sebarang perakuan dan bantahan. ijmak ini tidak menjadi hujja menurut pandangan imam syafi'e dan beberapa tokoh ulama yang lain. sementara sebahgian lain pula berpendapat ijmak ini menjadi hujjah juga, cuma kedudukannya rendah dari ijmak sorih.
KEMUNGKINAN BERLAKU IJMAK

sebahagian orang mendakwa ijmak dengan syarat2 dan rukun2yang terdapat dalam takrif itu tidak mungkin berlaku ijmak, kerana para mujtahiddin bertebaran di merata tempat dan negara dan biasanya tidak dapat diketahui mereka ini untuk mendapat pandangan masing2.

walaupun demikian, para jumhur ulama berpendapat ijmak dengan syarat2 yang tersebut boleh berlaku bahkan telah berlaku pada masa lampau. umpamanya pada zaman khulafa al-rasyiddin khususnya zaman abu bakar dan umar yang mana para mujtahiddin dapat dikenali seorang demi seorang, mereka masih menetap di madinahndan mudah dirujuk untuk mendapat pandangan mereka.

diantara ijmak yang telah berlaku pada zaman ini ialah hukum mengumpulkan al-quran, memberi satu per enam kepada datuk dalam hukum pesaka, hukum memerangi golongan yang enggan membayar zakat, tidak menbahagi2kan tanah yang diperolehi waktu perang kepada tentera2 islam, tidak boleh menghimpunkan diantara perempuan dengan emak saudaranya dalam satu perkahwinan, pengharaman lemak babi,dihalang cucu lelaki sebelah anak lelaki daripada mendapat pesaka disebabkan masih ada anak lelaki dan banyak lagi masalah yang telah diijmakkan.

adapun selepas zaman khulafa' al-rasyiddin terdapat para ulama mujtahiddin di merata dunia islam yang mana jumlahnya amat ramai. maka sukar hendak dikatakan boleh berlakunya ijmak. paling tidak, boleh dikatakan bahawa hukum2 ijtihad tertantu ada ulama yang berselisih pendapat.

KEEPENTINGAN IJMAK PADA ZAMAN INI

ijmak adalah sumber fiqh yang diperakui kesahihannya dan wajib diterima. melalui proses ijmak dapat ditentukan hukum2 syarak bagi permasalahan2  baru pada zaman ini. kita percaya proses ini tidak mungkin berhasil melainkan dengan cara mewujudkan MAJMA' FIQH (akademi fiqh) ynag menghimpunkan seluruh ulama mujtahiddin dari seluruh dunia islam. akademi ini perlu mempunyai sekretariat tetap dan disediakan segala kemudahan yang diperlukan bagi menjalankan operasinya.

segala masalah yang muncul dan peristiwa yang berlaku hendaklah dikemukakan kepada akademi fiqh ini untuk dikaji dan diberikan jawapan hukum dan seterusnya disebarkan hukum2 ini dalam jurnal atau kitab2 teetentu agar dapat dibaca oleh orang ramai. malah yang lebih penting ialah para ilmuan islam (ulama) boleh melahirkan pandangan mereka tentang hukum2 tersebut

apabila semua pendapat yang dikemukakan itu dipersetujui terhadap sesuatu hukum itu, maka ia dikira sebahagian dari hukum2 yang telah diijmakkan, dan ijmak ini hampir kepada ijmak yang dinaskan di sisi fuqaha' dimana ia wajib dipatuhi dan diamalkan.

No comments:

Post a Comment