Sunday, February 13, 2011

peringkat-peringkat solat

GOLONGAN PERTAMA
kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. imam malik berkata jatuh kafir kalau tak sembahyang yanpa sebab. imam syafie berkata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardhu.

GOLONGAN KEDUA
orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut0ikut sahaja. belajar sembahyang mahupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. ilmu tentang sembahyang tiada. golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

GOLONGAN KETIGA
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap terikan dunia yang kuat. jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kecah, ada program kanduri, pesta ria, berziarah bermusafir, latih dan penat, maka ia tak sembahyang. orang ini akan jatuh fasik.

GOLONGAN KEEMPAT
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanankan itu di sebabkan tak faham apa yang dia baca. cuma main hafaz sahaja. jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. fikirannya mengenbara dalam sembahyang, orang ini lalai dan sembahyang. neraka wail bagi orang ini

GOLONGAN KELIMA
golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tetapi ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham apa saja tetapi tidak dihayati. golongan ini diketogarikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

No comments:

Post a Comment