Saturday, March 12, 2011

PROSEDUR PERCERAIAN


PROSEDUR PERCERAIAN

1. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah membuat permohonan kepada Mahkamah Syari‘ah di mana (tempat) dia bermastautin.

2. Sebelum sesuatu permohonan cerai dikemukakan kepada Mahkamah Syari‘ah, pihak suami isteri diminta membuat pengaduan ke Bahagian Khidmat Nasihat/Rundingcara di Pejabat Agama Islam Daerah untuk diberikan rundingan terlebih dahulu.

3. Sekiranya tidak ada jalan penyelesaian untuk mereka berdamai barulah kes tersebut dipanjangkan ke Mahkamah Syari‘ah.

4. Setelah Mahkamah Syari‘ah bersidang dan membuat sesuatu keputusan mengenai perceraian pasangan tersebut, pihak Mahkamah hendaklah menghantar satu salinan keputusan permohonan tersebut kepada Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju‘ Daerah yang berkenaan.

5. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menyemak keputusan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah tersebut. Jika terdapat keraguan atau kesilapan teknik hendaklah dikembalikan untuk pembetulan.

6. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah menandatangani Sijil Cerai yang telah disempurnakan dan menghantar satu salinan kepada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai da Ruju` Negeri Melaka.

7. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mendaftarkan perceraian tersebut di dalam Buku Daftar Cerai.

8. Pendaftar hendaklah menyerahkan Sijil Cerai tersebut kepada pasangan berkenaan setelah isteri tersebut tamat ‘iddahnya dan direkodkan di dalam buku daftar serahan sijil cerai.

9. Bagi kes suami yang ingin berkahwin dengan perempuan lain semasa dalam ‘iddah isterinya, maka pihak suami dikehendaki membuat permohonan berpoligami kepada Mahkamah Syari‘ah di mana tempat ia bermastautin/tinggal.

10. Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah merekodkan dan mencatatkan maklumat perceraian tersebut berdasarkan keputusan Mahkamah.

1 comment:

  1. PRIA IDAMAN WANITA SHOLEHAH
    Pria Idaman Wanita Sholehah !!
    Posted in Pria on 30th August 2011

    Lelaki idaman saya adalah… Seorang lelaki yang beriman…
    Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah… Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam… Yang sentiasa haus dengan ilmu… Yang sentiasa dahaga akan pahala…
    Yang solatnya adalah maruah dirinya…
    Yang tidak pernah takut untuk berkata benar… Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu… Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
    yang berjuang di jalan Allah…

    Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
    Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
    Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
    Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
    Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

    Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang menghormati ibunya…
    Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
    Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
    Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan… Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

    Lelaki idaman saya… Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
    Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
    Yang boleh diajak berbincang dan berbicara… Yang menjaga matanya dari berbelanja…
    Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

    Lelaki idaman saya… Tidak pernah membazirkan masa…
    Matanya kepenatan kerana penat membaca… Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir… Tidurnya lena dengan cahaya keimanan… Bangunnya subuh penuh kecergasan… Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

    Lelaki idaman saya… Sentiasa mengingati mati… Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
    Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga… Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik… Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

    Lelaki idaman saya adalah… Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
    Kerana dia mengimpikan syurga… Di situlah rumah idamannya…
    Dan dia ingin membawa saya bersama… Dialah lelaki idaman saya…

    Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad. 30th August 2011

    ReplyDelete