Tuesday, October 19, 2010

pada pendapat anda tentang cinta???

aku mempunyai seorang kekasih yang amat aku sayangi dan cintai tapi setelah aku menyayangi dia sepenuh hati aku,tiba-tiba jer dia kata jangan terlalu berharap kepadanya.. agak nya kenapa yer?? kadang-kadang aku tak faham apa sebenarnya erti kasih dan sayang yang telah aku berikan kepadanya. mungkinkah kasih dan sayang aku itu cuma banyangan aku semata-mata atau kerana aku ni tak layak untuk mengasihi dia...

memikirkan kisah cinta aku ini kadang-kadang aku serik dan tak nak pengenali apa itu cinta!!! sehingga aku nak bertekad yang aku cuma akan menyintai Allah dan Rasulullah.. mungkin itu adalah cinta yang kekal abadi sehingga nanti.. tapi kadang-kadang aku tak faham kenapa setiap perkara yang berlaku kepada dirinya itu pasti akan berlaku juga kepada diriku. dan apa yang dia lakukan pasti akan aku ketahui jua akhirnya. jika dia pening aku yang akan sakit kepala. kenapa agaknya???

dulu aku memang amat menbencinya masa kami masih bersekolah sama-sama. aku membencinya kerana aku tak nak perasaan suka aku kat dia membuatkan hubungan persahabatan aku ngan seseorang terputus kerana aku tahu kawan aku itu amat menyukainya. oleh itu aku akan berusaha membencinya. tetapi perasaan itu dah bertukar. sekarang aku tak boleh jika tak de sokongan daripada dia. dia amat berharga buat ku. dia lah lelaki pertama yang dapat membuka hati ku untuk mengenali apa itu cinta... dia lah juga yang membuatkan aku lebih dewasa... tapi sekarang kenapa dia tak nak aku berharap dengan dia..

mungkin ini adalah yang dinamakan dugaan dalam percintaan kan.. apa2 pun dia tetap jadi back up aku untuk aku terus berjaya. kerana dia yang banyak menyokong aku. aku menyintainya kerana Allah dan aku akan merinduinya juga atas izin Allah.

1 comment:

  1. jika ada pe2 komen juz tulis.. harap ada pendapat yang baru yang dapat kita kongsikan....

    ReplyDelete