Wednesday, October 20, 2010

pembentukan malaysia


Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka,
Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya
Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi
Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan.
Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan
percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew
ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura
mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul
Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara
di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura
digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini
menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan
Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang
gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu
memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian
menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat
syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27
Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian
Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia
diisytiharkan.
Sebab pembentukan Malaysia
1. Senario politik di Singapura - Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang
kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis
telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah
menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan.
Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang
sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka
menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada
mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah
berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun
1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan
pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan
kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan
komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul
Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan
Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat
kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak- Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut
yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau
bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah
bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat
Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh
komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh
komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang
diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
3. Mengimbangi penduduk- Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah
persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah
dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi
PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha
turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan
Tunku Abdul Rahman.
3. Brunei - Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei
(PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan
ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu
sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan
Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang
dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan
September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut
menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina
dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB
melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya
ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu.
Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan
Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada
mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai
1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya
kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak
berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan.
Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.
eboss
21-02-2009, 09:17 PM
Proses pembentukan Malaysia
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota
Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee
Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak
Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan
pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota
Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan
Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak
mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31
Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada
Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia
dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri
daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad
Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama
suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50
perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih
memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada
Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor
Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam
secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera,
kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh
Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi
merangka Perlembagaan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka
Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya
ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara.
Antaranya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah;
c. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan
 Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
2. Suruhanjaya Cobbold - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia
dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri
daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad
Ghazalie Shafie dan Dato' Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama
suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50
perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih
memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada
Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962.
Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor
Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam
secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera,
kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh
Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi
merangka Perlembagaan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)- JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka
Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya
ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara.
Antaranya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan

c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan
memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen
Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia
apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga
Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.
Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.
4. Pengisytiharaan Malaysia
Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa
rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya,
MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk
Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang
diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September
1963
Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih
70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963,
penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.
Penentangan gagasan Malaysia
1. Filipina - Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada
penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada
22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron
Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958.
Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga
mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan
diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha
dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf
Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
http://htmlimg3.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/6-a572f86bd3/000.png
2. Indonesia- Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI
di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam
Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno
menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia.
Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak.
Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr.
Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian,
Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk
Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan
Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia
melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu.
Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:
a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya
yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.
Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di
Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:
a. Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan
mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato' Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis
propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi
menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan
konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan
konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai
ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan
Adam Malik di Bangkok.
Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia
http://htmlimg1.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/7-bab6144d41/000.jpg
Langkah-Langkah Pembentukan Malaysia
1.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
a.Ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961
b.Dipengerusikan oleh Donald Stephens.
c.FUNGSI :
i. Berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.
ii.Mengumpulkan pandangan penduduk
d.Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
e.Februari 1962 – ahlinya bersepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya
Cobbold.
2. Suruhanjaya Cobbold
Terdiri daripada 3 orang pegawai British iaitu
i.Lord Cobbold
ii.Sir Anthony Abell
ii.Sir David Watherston
2 orang rakyat tempatan:
i.Dato’ Wong Pow Nee
ii.Tan Sri Ghazali Shafie
Meninjau pendapat penduduk Sabah / Sarawak
Laporan Suruhanjaya Cobbold
1/3 penduduk Sabah & Sarawak menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat

1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi
1/3 menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia
Cadangan Suruhanjaya Cobbold
i.Perlembagaan Malaysia yang baru berasaskan PTM1957.
ii.Sabah Dan Sarawak diber kuasa menentukan dasar imigresennya.
iii.B.Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
iv.Jaminan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
v.Pemberian nama “Malaysia”
vi.Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
3.Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
a. mula Ogos 1962
b. Terdiri daripada wakil T,Melayu, Sabah, Sarawak dan Britain.
c. Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Tun Abdul Razak.
d. Hasil kerjasama kerajaan PTM dan Parti Perikatan, Malaysia telah ditubuhkan pada 16
September 1963
Saturday, October 31, 2009
Rujukan
Buku
Arkib Negara Malaysia, 1981. Hari Ini Dalam Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur:
Percetakan Negara.
Means, G. P, 1976. Malaysian Politics. London: Hodder and Stoughton.
http://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/9-76906fb12a/000.pnghttp://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/9-76906fb12a/000.png
Mohd. Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam
Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .
Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil, 2004.Se j arah
Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashid Aman dan Lee Veen, 2006. Ulang Kaji Target Terkini A++ PMR
Sejarah KBSM. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.
Ruslan Zainuddin dan Fuziah Shaffie, 2001. Nota Lengkap Sejarah
Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Ruslan Zainuddin, 2003. Sejarah Malaysia (Edisi Kedua). Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
_____________________ 2005. Malaysia Kita. Petaling Jaya: International Law
Book Services.
Akhbar
Berita Harian, 16 September 1963
Berita Harian
, 19 September 1963
New York Times,
13 November 1961
Straits Times
, 10 September 1963
The Sarawak Tribune
,17 Ogos 1963
Internet
http://202.188.124.45/events/merdeka2005/bm/history5.htm
http://members.lycos.co.uk/nabirz/formmal.htm
http://members.tripod.com/~smkdary/kandungan.htm
http://www.lib.uum.edu.my/48merdeka/msia.htm
Lawatan Ke Tempat Kajian
http://htmlimg4.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/10-2cf1923b42/000.pnghttp://htmlimg4.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/10-2cf1923b42/000.pnghttp://htmlimg4.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/10-2cf1923b42/000.png
Perpustakaan Negeri Sabah
Bangunan Ibu Pejabat, Perpustakaan Negeri Sabah, Jalan Tasik, off Jalan Maktab
Gaya, Kota
Kinabalu, Sabah
Posted by piggydevil at 9:40 PM 0 comments
Sunday, May 07, 2006
Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia
Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia
Tindakan Parti Brunei
Pada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau
pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak
pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari
menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan
sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan
Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul
ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan
memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8
Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh
British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya
Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.
Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi
pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan
bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent
pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958.
kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut
Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak
berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan
isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan
Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu
gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas
Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua
negara itu menjadi renggang.
Konfrontasi Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan
Indonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah
Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat
Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York
Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:
As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of the
island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain,
is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of course, the
people there are ethologically and geographically very close to the others living
in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward this Malayan
policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can
succeed with this plan
Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula
berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru
di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti
Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan
konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan
kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili
kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga
membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak
Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik
dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan
perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.
Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan
kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden
Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah
berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia
telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini
membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun
Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan
menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara
kedua-dua negara.
Gagasan MAPHILINDO
Berikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan
Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos
1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman.
Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara
melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai
MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.
Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia
dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di
http://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/12-ce3de2fe8a/000.png
Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu
suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan
oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari
16 Ogos hingga 5 September 1963.
Tinjauan yang dibuat PBB menghasilkan satu keadaan yang positif iaitu rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun
begitu, Kerajaan Indonesia dan Filipina tetap menolak akan keputusan itu.
Penubuhan Malaysia yang dirangcangkan pada 31 Ogos 1963 telah ditangguh
kerana PBB tidak dapat menyiapkan laporannya pada tarikh tersebut tetapi
berjanji akan menyiapkan laporannya pada 14 September 1963. Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September
1963 untuk mengisytiharkan kelahiran Malaysia. Keputusan ini telah mendapat
bantahan dan bangkangan hebat dari Indonesia. Apabila Setiausaha Agung PBB
mengemukakan laporannya, dan Filipina tetap menolak keputusan laporan PBB
itu.
Posted by piggydevil at 11:34 PM 5 comments
proses pembentukan malaysia
Proses Pembentukan Malaysia
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC),1961
Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(MSCC)
ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini
berperanan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada orang ramai
terutamanya di Borneo dan mengumpul pelbagai pandangan tentang Malaysia di
Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-
wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
-----another table here-Anggota Perwakilan Dalam Majlis Perundingan Perpaduan
Malaysia (MSCC)------
MSCC ingin melihat gagasan Malaysia menjadi kenyataan dan kerana itu mereka
berusaha mencapai permuafakatan. Mesyuarat dan rundingan telah diadakan
sebanyak empat kali di
a. Jesselton(21 Ogos 1961)
b. Kuching (18 Disember 1961)
c. Kuala Lumpur (6 Januari 1962)
d. Singapura (1 Februari 1962)
MSCC juga telah menyediakan memorandum yang berasaskan Perlembagaan
Tanah Melayu dan menyatakan
a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam dijadikan agama rasmi
b. Setiap rakyat diberi kebebasan agama
c. Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam
bidang imigresen untuk mengawal kemasukan orang ramai ke wilayah itu
d. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan
e. Perwakilan dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta
keluasan sesebuah kawasan
Suruhanjaya Cobbold
Satu suruhanjaya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan
Sarawak. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Cobbold sempena nama
mengerusinya, Lord Cobbold.
Ahli suruhanjaya
o Lord Cobbold
o Sir Anthony Abell
o Sir David Watherston
o Mohd. Ghazali bin Shafie
o Wong Pow Nee
Bidang Tugas
o Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan
penubuhan Malaysia
o Menilai kesemua pandangan yang diberi
o Membuat syor-syor yang bersesuaian
Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari
hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962.
Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak
menyokong penubuhan Malaysia iaitu
a. ⅓ menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat
percantuman
b. ⅓ lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan
jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
c. Baki ⅓ pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya
kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka
yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.
Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat
adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak.
Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:
a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”
b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri
c. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar
agama dan imigresen
d. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan
ekonomi di Sabah dan Sarawak
e. Kedudukan bumiputera dikekalkan.
f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi
untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia
Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa
kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan
yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan
pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh
yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut. Seiring
dengan itu, satu Jawatankuasa Antara Kerajan (JAK) dibentuk.
Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
JAK dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping
melindungi hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK diketuai
oleh Lord Landsdowne sebagai pengerusi, Dato’ Abdul Razak sebagai timbalan
pengerusi serta wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah dan
Sarawak.
JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya dari Sabah dan
Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan
Malaysia. Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum yang
mengandungi 20 Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah.
Walaupun para pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan, tetapi
mereka bersetuju dengan perkara ynag terkandung dalam Tuntutan 20 Perkara.
JAK mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu
dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti oleh
Sabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen
Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963
-----table:Antara beberapa perkara penting dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah
dan laporan Jawatankuasa Antara Negeri-----
Laporan JAK menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di
London pada 8 Julai 1963. Menerusi perjanjian itu, kerajaan British bersetuju
memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang akan
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui pembentukan Malaysia.
Pungutan Suara Di Singapura
Pungutan suara atau referendum yang diadakan pada 1 September 1962
bertujuan untuk menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk
Singapura untuk bercantum dengan persekutuan Tanah Melayu dan bukannya
bermakna penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia.
Pengundi diberi tiga pilihan iaitu
a. Pilihan A – percantuman yang memberikan Singapura kuasa autonomi dalam
buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan sendirinya rakyat
Singapura menjadi rakyat Malaysia
b. Pilihan B – percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai negeri
yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu yang lain
c. Pilihan C – percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang
diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo.
Semasa pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front) meneruskan
tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk memulangkan kertas
undi kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa
sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong dianggap sebagai orang yang
belum membuat keputusan. Oleh itu, undi mereka ditakrifkan mengikut Artikel
29, Ordinan Pungutan Suara yang menyebut bahawa sesiapa yang
memulangkan kertas undi kosong tanpa ditanda dianggap sebagai bersetuju
dengan sebarang keputusan Majlis Undangan Singapura.
hasil referendum ini mendapati
- 397626 penduduk menyokong pilihan A - 7911 penduduk penyokong pilihan C
- 9422 penduduk menyokong pilihan B - Sebanyak 144077 undi rosak
Sumber: Department of Information Malaysia 1963. Malaysia in Brief. Kuala
Lumpur: Department of Information Malaysia
Posted by piggydevil at 11:23 PM 0 comments
perisytiharan malaysia
Pengisytiharaan Malaysia
Selepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian Malaysia
ditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara kerajaan
Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Singapura,
Sabah dan Sarawak.
Perisytiharan Malaysia
16 September 1963Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16
September 1963 secara serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan
Kuching
------diagram: langkah-langkah ke arah pembentukan malaysia-----
Posted by piggydevil at 11:22 PM 0 comments
pemisahan singapura
Pemisahan Singapura
Sebab-sebab Pemisahan
Terdapat tiga punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:
a. Masalah politik
Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik
PAP akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak bercadang untuk

mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat aktif di Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964.
Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu
kerana penglibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskan
perpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA. Malah, PAP juga berminat
untuk menggantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.
b. Masalah perkauman
Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa
peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu
di negeri itu masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’ dan kerajaan Singapura
tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini
menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura.
Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiannya menemui
Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin
serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin
PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.
c. Konsep Malaysian Malaysia
Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’
tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah menafikan institusi
Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention
dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan di
kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin
mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi politik,
sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
d. Masalah ekonomi
Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai.
Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan
40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah
paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi
dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula
agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi
40% hasilnya. Cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati
pemimpin Singapura
Pada bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan
pengusaha di Singapura untuk berunding dahulu dengan kerajaan persekutuan
tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Arahan ini telah
menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat
liputan luas media.
Penyingkiran Singapura
Menjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur terus
http://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/17-6581674da7/000.png
tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya beliau
memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun
Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku
membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura
daripada Malaysia.
Posted by piggydevil at 11:11 PM 2 comments
Idea Pembentukan Malaysia
Idea Pembentukan Malaysia
Rancangan Pembentukan Awal Malaysia
Cadangan awal untuk menyatukan Tanah Melayu dan Wilayah Borneo telah mula
difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang
pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company)
mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Perkara ini pernah
dibincangkan oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932.
Namun begitu, cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan
yang diambil.
Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1947, sekali lagi cadangan yang
sama disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia
Tenggara. Di Singapura pula, syor untuk mencantumkan Tanah Melayu, Brunei,
Sarawak dan Sabah (Boneo Utara) mula dicetuskan oleh Thio Chan Bee. Beliau
yang merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Singapura merangkap Naib
Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan ini pada tahun 1948 dan
diulangi semula tiga tahun berikutnya. Cadangan ini disokong oleh Sir Robert
Boothy seorang ahli parlimen Komanwel yang berpendapat penyatuan ini akan
memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi. Namun sambutan dari
kerajaan British nampaknya terus dingin.
Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie
juga pernah menyuarakan cadangan ini. Pada 1959, pemimpin Parti Tindakan
Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew membuat cadangan untuk
mencantumkan Singapura dengan persekutuan Tanah Melayu namun ditolak
oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah sosial akan timbul akibat
ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan Cina
Cadangan Tunku Abdul Rahman
“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-
rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal
untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai,
namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan
memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada
satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini
Dalam
http://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/18-79eaa4249f/000.png
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
Cadangan penubuhan Malaysia hanya mendapat perhatian serius setelah
perkara ini dicetuskan oleh perdana menteri Tanah Melayu. Tunku Abdul
Rahman berpendapat bahawa percantuman antara persekutuan Tanah Melayu
dan Singapura wajar sekali jika dimasukkan sekali dengan wilayah Sabah,
Sarawak dan Brunei. Beliau berpendapat bahawa negeri-negeri ini mempunyai
banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur
kerajaan. Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan ini dalam ucapannya
pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di
Hotel Adelphi Singapura. Antara tokoh yang memberi sambutan baik
termasuklah Lee Kuan Yew (Ketua Menteri Singapura) dan Harold MacMillan
(Perdana Menteri Britain).Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut
adalah:
“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-
rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal
untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai,
namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan
memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada
satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.
Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini
Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.
Posted by piggydevil at 10:47 PM 0 comments
sebab-sebab penubuhan malaysia
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia
Ancaman komunis
Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan
Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah
pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi
kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin
merebak di Singapura.
Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura
membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin
akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah
Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis
dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam
ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:
“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open
action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the
Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”
Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.
Perkauman
Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dapat
menyekat pengaruh komunis, namun isu berkenaan keseimbangan kaum pula
timbul. Ini disebabkan jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana
lebih kurang 75% penduduk Singapura terdiri daripada orang Cina.
Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak,
penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum bumiputera
yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Jika
Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu dan Singapura, masalah ini
sedikit sebanyak dapat diatasi. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi
49.65% manakala orang Cina pula 41.72%
------ there is supposed to be "Anggaran penduduk Malaysia mengikut kaum,
Disember 1964." here.. but i dont think i have the time now to put the table
here.. i forgot about the html codes. so it might take me ages to put it here. i'll
put it some time later.. i would have put it now if i dont have class tommorow,
but sadly i have.. so i'm rushing la this..hehe.. oh! dont bother about my
grammar. lol!---------
Latar Belakang Yang Hampir Sama
Negeri-negeri yang dicadangkan menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar
belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah yang sama.
Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah
terutamanya dari segi perdagangan, pasaran, pelaburan asing dan kestabilan
politik.
Mempercepatkan Kemerdekaan
Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan
Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian. Kerajaan British
tidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana
ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia
Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang
meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi
1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:
“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the
exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”
“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that
http://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/20-00270d2be1/000.jpghttp://htmlimg2.scribdassets.com/eu9ow58a5s87mio/images/20-00270d2be1/000.jpg
right, they freely determine their political status and freely pursue their
economic, social and cultural development””
Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam
Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .
Posted by piggydevil at 10:46 PM 2 comments
reaksi dan sambutan
Reaksi dan Sambutan
Persekutuan Tanah Melayu
Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh
Tunku Abdul Rahman mendapat sambutan baik daripada parti-parti politik di
Tanah Melayu. Kesemua parti politik bersetuju dengan prinisip tersebut tetapi
berbeza pendapat tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Misalnya, PAS
walaupun menerima cadangan itu tetapi mempersoalkan tindakan Tunku kerana
tidak berunding dengan para pemimpin politik yang lain sebelum
mengumumkannya. PAS juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang
merangkumi Indonesia. Parti-parti lain seperti MCA dan Parti Rakyat Malaya juga
menyatakan sokongan masing-masing.
Singapura
Kerajaan PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyambut baik dan
menyokong cadangan itu. Gagasan ini dapat pengelakkan Singapura daripada
dikuasai oleh parti berhaluan kiri. PAP juga melihat cadangan tersebut sebagai
peluang baik untuk membolehkan Singapura mencapai kemerdekaan dengan
lebih cepat.
Workers’ Party walaupun setuju, tetapi melihat cadangan tersebut sebagai
sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura menentang
cadangan itu dan mengaggapnya sebagai satu rancangan kerajaan British untuk
terus mengekalkan pengaruhnya.
Sabah, Sarawak dan Brunei
Cadangan penubuhan Malaysia telah memeranjatkan para pemimpin parti-parti
politik di Sabah, Sarawak dan Brunei. Akibat kesedaran politik yang baru muncul
yang baru muncul, ada antara pemimpin yang ingin mendapatkan kemerdekaan
bagi negeri masing-masing secara berasingan atau membentuk sebuah
Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Ada antara mereka yang
menganggap rancangan pembentukan Malaysia sebagai satu helah untuk
meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajahan British. Oleh
sebab kebimbangan itu, para pemimpin politik di Borneo telah membentuk satu
Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Julai 1961. Barisan Bersatu ini dianggotai
oleh Donald Stephen iaitu pengasas Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu
(UNKO), Ong Kee Hui iaitu Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan
A.M Azahari, Pengerusi Parti Rakyat Brunei. Setiausaha Agung Parti Kebangsaan
Sarawak (SNAP), Stephen Kalong Ningkan menentang usaha meletakkan
Sarawak di bawah sebarang kuasa asing . Bantahan-bantahan ini timbul kerana
mereka tidak mendapat maklumat lengkap daripada kerajaan Tanah Melayu
tentang rancangan penubuhan Malaysia sehingga ada antaranya yang membuat
kenyataan secara terburuh-buru.
Walau bagaimanapun, setelah mendapat penjelasan daripada kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, parti-parti di Sabah seperti UNKO, Pertubuhan
Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Bersatu, Parti Demokratik, Pasok
Momogun akhirnya menyokong pembentukan Malaysia. Parti Perikatan Sabah di
bawah pimpinan Donald Stephens dan Tun Mustapha bin Datu Harun yang terdiri
daripada semua parti politik di Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis
Daerah yang pertama pada tahun 1962. Ini menunjukan kesepakatan rakyat
Sabah untuk menyertai Malaysia
Di Sarawak pula, Parti Negara Sarawak(PANAS) dan Parti Kebangsaan
Sarawak(SNAP) pada awalnya menentang tetapi akhirnya menyokong cadangan
pembentukan Malaysia. Parti-parti lain seperti Barisan Rakyat Jati Sarawak
(BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak
(SCA) juga menyokong usul tersebut. Walau bagaimanapun Parti Bersatu Rakyat
Sarawak (SUPP) menentang usul tersebut kerana berpendapat Sarawak patut
bersatu dengan Sabah dan Brunei. Akhirnya, kesemua parti politik di Sarawak
kecuali SUPP telah membentuk parti Perikatan Sarawak dan memenangi Pilihan
raya Majlis Daerah pada tahun 1963.
Di Brunei pula, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong cadangan Malaysia dan
menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang menarik hati kerana wujudnya
‘tali perhubungan agama, bangsa, adat resam dan kebudayaan’ antara kedua-
dua negeri. Brunei juga memerlukan Tanah Melayu bagi melindungi daripada
Filipina dan Indonesia Sokongan ini jelas dilihat dalam kenyataan baginda
sendiri, iaitu
“… bahawa Brunei bersetuju pada dasarnya untuk menyertai Malaysia sekiranya
dalam persekutuan itu bersesuaian dengan kehendak kita dan boleh
mendatangkan faedah kepada kita”
Sumber: Sabihah Osman, 1995